Monday, 1 August 2011

~JUADAH BERBUKA DI BULAN RAMADHAN ~

Macam- macam makanan, lauk- pauk, kuih- muih, air dan sebagainya ada di jual di bazar- bazar Ramadhan. Bulan Ramadhan ramai peniaga- peniaga ambik peluang untuk berniaga kerana pulangan untung yang banyak. Tapi kita sebagai pembeli, haruslah berpada- pada dalam membeli. Jangan sampai membazir. Belilah sekadarnya sahaja. Kadang- kadang kita nie rambang mata untuk pilih apa yang kita nak makan. Maklumlah, perut tengah lapar. Macam- macam la ase nak makan kan. Berbukalah dengan sekadarnya sebab nanti makan banyak- banyak x larat nak terawih lak. Kan rugi tue. Bulan Ramadhan nie je adanya solat terawih. Kalu x gie, rugi sangat- sangat la kan. So, renung- renungkanlah ye..(',*)...


 ..Wau,, macam- macam lauk ada,, nak makan apa,, pilih je..


 ..Sume sedap- sedap,, urmmmmmm!!!!..


..Ais Kacang, bez nie, utk sejukkan tengkuk..


..Pelbagai jenis kuih- muih yang ada..


 ..Di sunatkan berbuka dengan buah kurma..


..Bazar Ramadhan sentiasa dipenuhi manusia2..

:: Makan- makan jugak, p kte kne ingat " JANGAN MEMBAZIR ".. membazir nie amalan SYAITAN.. ALLAH x suka UMATNYA ikut perangai SYAITAN..

Beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis

Aku selitkan satu artikel yang berkaitan dengan amalan jimat- cermat.. Bacalah.. 

Peribahasa merupakan warisan budaya masyarakat kita yang perlu dipelihara. Dalam aspek peribahasa masyarakat cuba memberi nasihat, kritikan, dan menyampaikan sesuatu maksud dengan penuh tersirat tetapi mampu memberi impak yang mendalam terhadap seseorang. Dalam peribahasa “beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis ini” membawa maksud peri pentingnya sikap berwaspada dan berjimat cermat dalam kehidupan supaya tidak susah pada kemudian hari.

Sebenarnya dalam konteks kehidupan seharian, peribahasa ini mengingatkan kita supaya tidak melakukan pembaziran terhadap keperluan harian, makanan, dan pakaian. Maknanya, kita tidak terpengaruh oleh iklan dan jenama produk apabila membeli keperluan tersebut. Sikap ini boleh dipanjangkan dalam penjimatan penggunaan elektrik, air, dan telefon. Tindakan yang paling mudah ialah kita memastikan suis lampu dan kipas dipadamkan jika tidak digunakan.

Tambahan pula, sikap melalui peribahasa ini mampu diteruskan ketika berbelanja dengan membuat perancangan perbelanjaan terlebih dahulu. Dalam membuat perancangan perbelanjaan itu, kita perlulah mengutamakan pembelian keperluan asas daripada kehendak seseorang. Kita juga perlu membuat perbandingan harga dan mutu barangan tanpa terburu-buru membuat keputusan membelinya. Bukan sahaj amembeli keperluan asas, kita juga harus berbelanja mengikut kemampuan dan tidak mengikut perasaan atau orang lain.

                Kalau kita kaji secara mendalam, peribahasa ini turut menekankan keperluan menabung untuk masa depan atau ketika kecemasan seperti kemalangan. Jadi, seseorang itu perlulah membuat simpanan sebahagian daripada pendapatan yang diterima. Menurut kajian, seseorang itu perlulah menyimpan sepuluh peratus daripada pendapatannya. Sikap menabung ini turut mampu memberi keyakinan kepada seseorang tentang masa depannya.

                Seterusnya, penggunaan kad kredit harus dikawal atau dipantau dengan lebih teliti. Penggunaan kad kredit memberi galakan kepada kita untuk berbelanja berlebihan kerana penggunaannya tidak melibatkan wang kertas. Sikap tidak mengawasi baki pembayaran kad kredit menyebabkan seseorang itu terpaksa membayar kadar bunga yang tinggi sehingga menyebabkan kadar hutang terus meningkat. Memang kad kredit memudahkan manusia tetapi kad inilah juga yang bakal memusnahkan manusia jika kita tidak berhati-hati.

                Langkah seterusnya ialah kita harus mengutamakan produk tempatan daripada luar negara ketika berbelanja. Secara amnya, produk tempatan lebih murah harganya dan setanding mutunya berbanding barangan luar negara. Namun tidak dinafikan ada sesetengah pihak yang beranggapan produk luar negara lebih baik. Tindakan bijak memilih barangan tempatan turut memberi galakan perkembangan ekonomi negara.

             Kesimpulannya, peribahasa ini memang tepat dan sesuai untuk menjadi amalan masyarakat era globalisasi ini. Cabaran ekonomi yang semakin genting menyebabkan kita harus memiliki sikap yang diungkapkan oleh peribahasa ini. Jadi, peribahasa bukan sahaja untuk mainan bahasa seseorang tetapi juga untuk kegunaan sesuatu yang realiti.

0 comments:

Post a Comment